Peminat Tertunggu-Tunggu, Lagu Baharu Jungkook (BTS) Bersama Charlie Puth Bakal Keluar 24 Jun

Majoriti Peminat Charlie Puth dan Jungkook teruja menantikan pelancaran lagu duet mereka buat kali pertama.

Siapa menyangka bahawa Charlie Puth dan Jungkook (BTS) yang pernah bekerjasama dalam satu persembahan di Korea, dalam senyap telah menghasilkan lagu kolaborasi mereka sendiri.

Pengumuman tentang lagu tersebut baru dibuat oleh Charlie Puth pada 16 Jun lalu, di mana dia mendedahkan bahawa Jungkook bakal bekerjasama dalam lagu baharu berjudul Left And Right.

Sumber: Soompi

Setelah mendedahkan sedikit sebahagian lagu tersebut di TikTok, beliau berkata, dia akan lancarkan lagu lagu tersebut pada 24 Jun kalau ia mendapat lebih 500,000 pra-simpan.

Keesokan harinya, beliau dan laman sesawang Soompi, akaun rasmi laman sosial kumpulan Kpop terkenal BTS, mengumumkan secara rasmi bahawa lagu kolaborasi mereka itu bakal dilancarkan pada 24 Jun depan.

Di laman sesawang itu juga, mereka turut memuat naik visual lagu terbaharu mereka itu yang menunjukkan mereka bedua pemperagakan tema pakaian berwarna hitam dan putih.

Apa pendapat pembaca tentang lagu baharu yang akan keluar ini? Adakah pembaca juga teruja untuk mendengar bagaimana suara dua orang artis terkenal ini bakal sebati dalam lagu duet mereka?

Jom sama-sama nantikan pelancarannya 24 Jun ini.

Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun 2018 Jungkook dan Charlie pernah berkerjasama dalam persembahan istimewa di MBC Plus X Genie Music Awards di Korea.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca