Peminat Tegar Kopi Wajib Tahu 6 Jenis Minuman Ini Dan Perbezaannya

Kopi merupakan salah satu minuman pagi yang wajib bagi sesetengah orang bagi mengelakkan diri daripada rasa mengantuk di tempat kerja. Namun, adakah anda tahu jenis-jenis kopi yang anda minum? Mari kita lihat jenis-jenis kopi dan perbezaannya!

1. Espresso

Espresso diibaratkan seperti watak utama bagi kebanyakan kopi. Ia juga sering menjadi pilihan utama peminat tegar kopi kerana rasanya yang sangat kuat dan pekat.

Jadi, bagi anda yang ingin menghilangkan rasa mengantuk, kopi jenis ini memang sangat sesuai untuk anda.

2. Americano

Americano merupakan rasa kopi espresso yang dicairkan dengan air panas untuk mengurangkan kepekatannya. Sebenarnya, ia kelihatan seperti kopi o sahaja.

Minuman jenis ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kopi yang tidak terlalu pahit dan pekat.

3. Latte/Caffe Latte

Latte atau caffe latte adalah berasaskan daripada susu dan sedikit kopi. Latte adalah campuran daripada 1/6 espresso, 4/6 susu stim dan 1/6 susu berbuih.

Namun, jika ditambah dengan chocolate, dark chocolate, karamel atau vanilla, maka akan terhasilnya Mocha Latte, Double Chocolate Latte, Vanilla Latte dan Caramel Latte.

4. Mocha

Mocha merupakan kopi yang kuat dengan tambahan rasa coklat. Minuman ini disediakan dengan 1/3 espresso, dicampur pula dengan 2/3 susu yang telah dikukus (steamed milk).

Terdapat pelbagai cara dalam penghasilan Mocha dan ia berbeza mengikut citarasa seseorang itu.

5. Cappuccino

Kopi jenis ini sering menjadi pilihan bagi mereka yang baru ingin mencuba untuk minum kopi kerana minuman jenis ini sering menjadi sebutan ramai.

Ia merupakan rasa kopi espresso yang dikurangkan dengan tambahan susu. Hal ini akan menjadikan rasa kopi menjadi lebih lembut.

6. Macchiato

Perkataan Machia berasal dari bahasa Itali yang bermaksud kesan atau stain (kesan kopi yang terlihat pada susu). Oleh itu, untuk mendapatkan Macchiato yang sempurna, anda perlu memasukkan kopi kepada susu.

Susu haruslah lebih banyak daripada kopi. Anda boleh tambahkan vanilla, karamel dan coklat untuk mempelbagaikan rasa Macchiato anda.

Daripada semua jenis kopi yang dinyatakan di atas, yang mana satukah merupakan kegemaran anda?

Untuk membaca artikel lain berkaitan minuman, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca