Peminat Fanatik ‘Zoom’ Mata Bintang Pop Ini Untuk Tahu Di Mana Dia Tinggal

Adakah anda suka selfie?

Kamera berkualiti tinggi bukan sekadar dapat meneropong jerawat dan liang roma pada kulit tetapi juga mendedahkan informasi lokasi kepada pemangsa tanpa disedari.

Ini kisah seorang stalker level 999 yang obsesi terhadap artis pujaannya.

Hibiki Sato26 tahun

Lelaki itu menjejaki tempat tinggal Ena Matsuoka dengan menganalisis pantulan sepasang mata idol yang rajin selfie itu.

Hibiki merupakan seorang penganggur yang tinggal di pinggir kota Tokyo. Kerjanya adalah stalk akaun laman sosial Ena dan zoom besar-besar matanya. Dari situ, dia dapat melihat pantulan pemandangan lokasi di mana selebriti itu berada.

Dia mengenal pasti perhentian bas yang ‘terpapar’ di mata Ena dan menggunakan Google Street View untuk mencari tempat tersebut. Selain itu, dia mencari klu lain seperti langsir dan sudut pencahayaan matahari untuk tahu unit kondominium gadis itu.

Ena Matsuoka, 21 tahun

Ena baru pulang dari konsert. Ketika dia sedang mencapai tombol pintu rumahnya, seseorang telah menyerangnya dari belakang.

Kepalanya ditelangkup tuala sebelum diseret ke suatu sudut gelap. Penyerang itu mencabul dan mencederakan wajah Ena dalam satu pergelutan.

16 hari kemudian

Laporan polis telah dibuat dan akhirnya penyerang itu berjaya ditahan. Hibiki Saito mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Dia juga membuat pengakuan yang dia amat meminati bintang J-pop itu dan menghendap laman sosialnya.

Saya teringat suatu nasihat yang berbunyi begini, “Selebriti juga manusia biasa. Jangan taksub dengan manusia, nanti kecewa.”

Artikel Lain Untuk Di Baca