Peminat BTS Malaysia Basuh Dan Jemur Bungkusan ‘BTS Meal’ Untuk Disimpan

Sejak beberapa hari yang lalu, McDonald’s di seluruh Malaysia telah menjadi tumpuan para peminat kumpulan K-pop BTS, yang lebih dikenali sebagai Army.

Malaysia telah menjadi salah sebuah negara di Asia yang telah melancarkan BTS Meal, sebuah kolaborasi istimewa antara kumpulan K-pop terkenal, BTS dan juga McDonald’s pada 26 Mei lalu.

Seperti dijangkakan, seluruh cawangan McDonald’s di Malaysia telah menerima barisan pelanggan yang ramai serta aplikasi khidmat penghantaran makanan mereka juga turut menghadapi gangguan teknikal.

Gambar-gambar daripada hantaran di Facebook menunjukkan seorang Army yang telah membasuh dan mengeringkan bungkusan makanan tersebut.

Army tersebut juga telah meletakkan bungkusan tersebut dalam bingkai dan mengeramatkannya di dalam sebuah kotak lutsinar.

BTS Meal tersebut telah habis dijual dalam masa kurang daripada sehari atas permintaan yang tinggi daripada para Army.

McDonald’s Malaysia menggalakkan para pelanggan untuk memesan secara khidmat penghantaran tanpa kontak bagi mengelakkan daripada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di pandemik yang semakin menular ini.

Namun begitu, aplikasi perkhidmatan penghantaran McDonalds telah mengalami masalah teknikal pada hari pelancaran BTS Meal itu.

Staf-staf McDonald’s Malaysia turut mengasingkan kentang goreng di dalam bungkusan yang berlainan supaya tidak meninggalkan kesan minyak bungkusan edisi terhad BTS Meal tersebut.

Hidangan BTS Meal itu menyajikan 10 ketul Chicken McNuggets, kentang goreng, air Coca-Cola dan juga sos pencecah berperisa sos cili manis dan sos cajun dan berharga RM15.70.

Malaysia telah mendahului Singapura, Vietnam, Filipina, Indonesia dan termasuk Korea Selatan, negara asal BTS sendiri dalam melancarkan hidangan edisi terhad tersebut.

Bukan sahaja di Malaysia, reaksi peminat BTS di Singapura tidak kurang hebatnya juga.

Terdapat beberapa orang yang turut mengambil kesempatan dengan menjual bungkusan-bungkusan BTS Meal ini di aplikasi Carousell dengan harga yang tidak munasabah iaitu sebanyak S$40 (sekitar RM120).

Sumber: Mothership

Ada juga yang turut menjual sos pencecah berperisa sos cili manis dan cajun itu dengan harga setinggi S$300 (sekitar RM900) bagi satu sos dan S$500 (sekitar RM1500) bagi kedua-duanya sekali.

Sumber: Mothership.Sg

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca