Pemimpin Agama Disebat 28 Kali Kerana Berkhalwat Dengan Isteri Orang

Seorang lelaki di Indonesia telah disebat di hadapan khalayak umum gara-gara mempunyai hubungan dengan isteri orang.

Lebih membuatkan orang ramai mengecam tindakannya adalah apabila lelaki yang dikenali sebagai Mukhlis Muhammad itu merupakan pemimpin dari Majlis Ulema Aceh (MPU). Malah, dia sebelum ini turut terlibat dalam menggubal undang-undang berkaitan kesalahan zina.

Mukhlis telah dikenakan hukuman sebat sebanyak 28 kali manakala pasangannya pula disebat sebanyak 23 kali pada Selasa.

“Ini adalah undang-undang Islam. Sesiapa harus dihukum jika didapati bersalah walaupun dia adalah anggota MPU,” kata Timbalan Datuk Bandar Aceh Besar iaitu Husaini Wahab.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan berkenaan ditangkap berkhalwat dalam sebuah kereta yang diparkir dekat pantai. Lokasi berkenaan mula menjadi tumpuan pelancong di wilayah itu pada September lalu.

Difahamkan, Mukhlis juga bakal dipecat daripada MPU dan dia adalah pemimpin agama pertama yang dikenakan hukuman sedemikian sejak undang-undang Islam dilaksanakan di Aceh pada tahun 2005.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca