Pemilik Kenderaan Ekzos Bising Boleh Dipenjara Sehingga 6 Bulan Atau Didenda

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: The Vocket

Siapa sahaja yang tidak pernah terserempak dengan pemilik kenderaan yang mempunyai ekzos bising sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka?

Baru-baru ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman iaitu Datuk Azisman Alias berkata mana-mana kenderaan yang didapati bersalah mengubah suai ekzos sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan atau dikenakan denda sehingga RM2,000.

Datuk Azisman Alias. Sumber: Bernama

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959), setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah diselenggarakan pada setiap masa supaya ia berada dalam keadaan baik.

Ia juga tidak boleh diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian telah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, pihak polis telah diberikan kuasa mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk menyita motosikal tersebut bagi mengelakkan kesalahan ini daripada berulang lagi pada masa hadapan.

Polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak akan berlaku lagi.

Sumber: The Vocket

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana ia dikatakan dapat meningkatkan kelajuan dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut. Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS),” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memberi peringatan kepada semua pemilik kenderaan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang membabitkan pengubahsuaian.

Sekiranya ingin melakukan apa-apa pengubahsuaian pada kenderaan masing-masing, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terlebih dahulu. Apa pendapat anda tentang hukuman ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca