Pemilik Berkeras Tidak Mahu Pindah, Ini Kisah ‘Rumah Degil’ Di China

Sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah lorong Jambatan Haizhuyong ini mencuri perhatian orang ramai.

Dalam kes ini, sikap keras kepala pemiliknya yang tidak mahu berpindah dari lokasi berkenaan akhirnya menyebabkan pemandangan di kawasan lebuh raya yang baru dibuka dekat bandar Guangzhou, China tersebut kelihatan pelik.

Untuk dijadikan cerita, Liang iaitu pemilik rumah satu tingkat seluas 40 meter persegi itu mendedahkan bahawa pihak kerajaan gagal memberikan pampasan yang diminta oleh wanita berkenaan.

Menurut Liang, pihak kerajaan menawarkan wanita terbabit sebuah flat yang berada berhampiran tanah perkuburan. Oleh itu, dia tidak dapat menerima tawaran tersebut.

“Walaupun anda fikir persekitaran ini buruk, saya rasa ia tenang, bebas, menyenangkan dan selesa,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Dalam pada itu, wanita berkenaan adalah satu-satunya individu antara 47 pemilik rumah dan tujuh syarikat yang masih tinggal di kawasan itu. Hal ini demikian kerana individu-individu lain sudah berpindah selepas bersetuju menerima tawaran daripada pihak kerajaan.

Memetik laporan South China Morning Post, pihak kerajaan telah membuat beberapa tawaran lain kepada Lian. Wanita itu sebaliknya menolak semua tawaran berkenaan.

Salah satu tawaran yang dibuat oleh pihak kerajaan termasuk dua flat lain dan pampasan wang sebanyak 1.3 juta yuan (RM785,726) tetapi wanita itu meminta empat flat dan 2 juta yuan (RM1,208,809).

Selepas kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat, pihak kerajaan dilaporkan tidak mempunyai pilihan selain daripada mengubah reka bentuk projek asalnya dengan membina jambatan di sekitar rumah berkenaan.

Untuk pengetahuan anda, China terkenal dengan nail house di mana pemilik rumah tidak mahu menerima pampasan daripada pihak pemaju untuk tujuan pembangunan.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan pembangunan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca