Pemegang Rekod Lelaki Tertua Di Dunia, Chitetsu Watanabe Meninggal Pada Usia 112 Tahun

Baru sahaja dinobatkan sebagai lelaki tertua di dunia pada 12 Februari yang lalu oleh rekod dunia Guinness, Chitetsu Watanabe yang berumur 112 tahun telah meninggal dunia pada hari Ahad 23 Februari di rumah jagaannya di Niigata, Selatan Tokyo.

Perkara ini telah disahkan oleh pegawai tempatan Niigata semalam.

Untuk rekod, Chitetsu Watanabe yang dilahirkan pada 5 Mac 1907 di Niigata pernah berkhidmat sebagai askar di akhir Perang Asia Pasifik pada tahun 1944 sebelum pulang semula ke Niigata dan bekerja sebagai pekerja di pejabat pertanian sehinggalah beliau bersara.

Menurut Chitetsu Watanabe, rahsia umurnya kekal panjang adalah kerana sentiasa tersenyum. Beliau juga merupakan seorang yang gemar kepada manisan seperti puding kastard dan ais krim.

Terkini, lelaki tertua di Jepun yang disebut oleh Jiji Press merupakan Issaku Tomoe yang berusia 110 tahun. Tiada rekod yang mengesahkan sama ada beliau ada memegang rekod itu di peringkat dunia.

Negara Jepun merupakan negara yang paling ramai rakyatnya diiktiraf kerana mempunyai jangka hayat yang paling lama.

Untuk membaca artikel lain berkenaan pemegang rekod dunia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca