Pembunuh Sengaja Baring Atas Kereta Peronda Untuk Ejek Pihak Polis

Seorang lelaki yang telah disabitkan dengan kesalahan membunuh berbaring di atas bonet sebuah kereta polis sambil sebelah tangannya memegang tin minuman keras dan menghalakannya ke kamera, sebagai cubaan mengejek pihak berkuasa itu.

Foto imej penjenayah berkenaan, Luke Hainsworth diambil setahun yang lalu tetapi ia muncul semula baru-baru ini ketika dia dijatuhkan hukuman penjara atas tuduhan membunuh seorang lelaki, Scott Mckay menggunakan kuali.

Mckay, 41, mangsa dipukul dengan kuat di bahagian kepala sehinggakan pemegang kuali tercabut. Selain itu mangsa juga dipukul dengan pemegang penyapu dan ditendang di rumahnya di Hull, East Yorks.

Hainsworth, 30, telah dipenjarakan sekurang-kurangnya selama 16 tahun selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan pada 6 Julai, manakala rakannya, Jason Shreeve pula dijatuhkan hukuman sekurang-kurangnya 19 tahun penjara.

Laman web itu menerbitkan gambar yang menunjukkan Hainsworth berbaring di atas sebuah kereta Polis Humberside dengan satu tin bir di tangannya.

Hainswoth mempunyai 22 kesalahan lampau dalam rekodnya yang didakwa melakukan serangan yang berlebihan

Shreeve, 42, pula mempunyai 152 kesalahan yang lampau dan baru-baru ini turut disabitkan kesalahan mencuri sebentuk cincin perkahwinan, demikian Makhamah Sheffield Crown Court diberitahu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca