Pembunuh Bersiri Wanita Paling Kejam Dalam Sejarah Di Dunia

Apabila kita menyebut tentang pembunuh bersiri, pasti kita terus terbayangkan kelibat seorang lelaki dengan wajah mengerikan sambil memegang pisau yang panjang. Bagaimana pula jika pembunuh bersiri itu adalah seorang wanita? Mungkin agak sukar membayangkannya apatah lagi jika pembunuh itu berperwatakan baik, cantik dan peramah.

Mungkin wanita itu sebenarnya bekerja di dalam syarikat yang sama dengan kita, tinggal dalam kejiranan yang sama atau boleh jadi dia merupakan cikgu kepada anak-anak kita. Begitulah beberapa ciri wanita pembunuh bersiri yang berada dalam senarai ini:

1. The Countess Elizabeth Bathory (1560-1614)

Tidak diketahui berapa ramai wanita yang menjadi mangsa seksaan permaisuri ini di istananya. Dipercayai mangsanya melebihi 600 orang. Wanita bangsawan yang kurang siuman ini mencari gadis-gadis cantik dari kampung dan berjanji memberi mereka pekerjaan di istana dengan pendapatan yang tinggi. Disebabkan ingin keluar dari kemiskinan, mereka tidak banyak soal dan memenuhi apa sahaja permintaan permaisuri tersebut.

Permaisuri ini dikatakan gemar mandi dengan darah segar mangsanya kerana percaya akan sentiasa kelihatan awet muda dan cantik. Dia akan menyeksa, membunuh dan mengambil darah mangsanya bagi memenuhi keinginannya yang aneh itu. Pada kurun ke-15 di Hungary, tidak ada sebarang undang-undang yang boleh menyentuh mana-mana ahli keluarga diraja. Setiap kali keadilan ingin ditegakkan, pasti ada campur tangan dari pihak istana.

Akhirnya Elizabeth berjaya ditangkap dan tidak diberi kebenaran untuk dibicarakan. 4 orang suruhan yang bersubahat dengannya juga disabit kesalahan membunuh lebih daripada 80 orang mangsa. Permaisuri itu akhirnya dibawa ke Istana Cachtice di mana dia ditanam hidup-hidup di dalam dinding istana tersebut.

2. Rosemary West (1953-1995)

Rosemary dan suaminya Fred telah menculik, merogol, menyeksa dan membunuh seramai 10 orang wanita. Mereka menggunakan rumah kediaman sendiri sebagai tempat jenayah. Apa yang pelik, mereka tinggal di bandar Gloucester, England di mana polis di situ sangat terkenal atas ketangkasan dan kecekapan mereka.

Fred telah melakukan pembunuhan sebanyak 12 kali manakala Rosemary hanya bersubahat membunuh 10 orang sahaja setelah berkenalan dengan suaminya itu.

Fred telah meyakinkan isterinya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 20 orang wanita. Ketika mereka ditangkap pada tahun 1995, Fred telah menggantungkan dirinya sehingga mati dalam penjara.

3. Dona Catalina De Los Rios Lisperguer (1604-1665)

Dikenali sebagai “La Quintrala”, Dona Catalina de los Rios Lisperguer adalah seorang wanita cantik berambut merah. Namun, dia mempunyai sikap panas baran, dahagakan wang dan seks serta membunuh. Dia sering didenda kerana menyebabkan kematian hamba yang dimilikinya dan dituduh atas 15 kesalahan membunuh.

Bukan itu sahaja, dia juga dipercayai terlibat dalam hampir 100 pembunuhan yang lain. La Quintrala mewarisi kekayaan keluarganya yang mempunyai banyak aset di pusat bandar Santiago, Chile. Dia juga telah membunuh bapa dan ibu kandungnya sendiri dengan menghidangkan masakan ayam yang mengandungi racun.

Dengan kekayaan yang dimiliki, La Quintrala mempunyai ramai kenalan yang berpangkat tinggi dan disebabkan itu dia tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.

Malah dia diangkat sebagai wira kerana penentangannya terhadap penjajahan Sepanyol ke atas Chile ketika dia mendermakan sebahagian asetnya untuk tujuan amal. La Quintrala akhirnya menemui ajal tanpa menerima sebarang bentuk hukuman.

4. Aileen Wuornos (1956-2002)

Kisah mengenai Aileen Wuornos ini pernah dibawa ke layar perak melalui filem Monster lakonan Charlize Theron. Semasa kecil, Aileen melihat sendiri ibunya mati dibunuh oleh ayahnya. Aileen mula menjadi “monster” setelah dia dirogol berulang kali oleh datuk sendiri dan dipaksa melakukan hubungan kelamin dengan beberapa orang yang lain termasuk abang kandungnya juga.

Semasa berusia 20 tahun, dia telah didakwa atas kesalahan menyerang beberapa individu sebelum bekerja sebagai seorang pelacur. Melalui pekerjaannya, dia akan menumpang sesiapa sahaja yang inginkan perkhidmatan seks dan meminta lelaki yang melanggannya untuk memandu ke tempat terpencil dan sunyi.

Namun, dia bukan ke sana untuk memberikan perkhidmatan seks sebaliknya dia akan merompak mangsa menggunakan pistol. Aileen telah didapati bersalah kerana membunuh 9 orang lelaki dan akhirnya ditangkap dan dijatuhkan hukuman membunuh.

5. Belle Sorenson Gunness (1859-1908)

Tidak seperti pembunuh bersiri wanita lain yang biasanya menggunakan racun untuk membunuh, Belle ialah seorang yang tidak berhati perut kerana suka memancung dan memotong anggota badan mangsanya. Dia akan menggoda mangsanya atas nama cinta sehingga naik ke jinjang pelamin.

Belle juga pernah mengiklankan dirinya di dalam akhbar untuk mencari pasangan supaya hidup bahagia berumahtangga. Ramai yang telah datang untuk menemuinya seorang demi seorang. Setiap kali itu jugalah mereka akan menghilang.

Pada tahun 1908, setelah seramai 49 orang didapati hilang secara misteri, akhirnya seorang lelaki telah mendapati bahawa kesemua mangsa yang hilang semuanya mempunyai kaitan dengan Belle.

Sebelum sempat pihak berkuasa menahannya, rumah yang didiami Belle telah hangus terbakar. Mereka menemui banyak potongan tubuh badan manusia dan dipercayai mayat tersebut adalah suami serta anak-anaknya.

Apa pendapat anda tentang kes ini? Anda jangan ingat lelaki sahaja boleh menjadi pembunuh yang kejam tetapi wanita juga boleh menjadi pembunuh paling kejam. Jadi, anda perlu berhati-hati dengan orang sekeliling anda.

Artikel Lain Untuk Di Baca