Pembukaan Raih $143 Juta, Jurassic World Dominion Masih Di Pawagam

Filem yang diikuti ramai ini kini kembali dan sedang berada di kedudukan teratas dalam carta ‘box office‘ dari 4,676 pawagam.

Seperti yang ramai tahu, Jurassic World kembali dengan filemnya yang terbaru, Jurassic World Dominion minggu lepas. Filem tersebut juga merupakan filem terakhir bagi siri filem Jurassic World.

Semenjak pandemik melanda dunia, hanya tiga kali tayangan pertama di pawagam cecah kutipan $200 juta.

Pencapaian ini juga mendapat banyak kutipan dari filem baru, Top Gun: Maverick, dilakonkan oleh pelakon aksi popular, Tom Cruise yang kini berada di tempat kedua.

Jurassic World Dominion menampakkan ada sedikit penurunan dalam populariti bagi menerima pulangan yang sepatutnya. Siri filem terkenal ini sudah tentu memerlukan bajet yang tinggi dan penonton juga akan meletakkan harapan yang tinggi dalam filem terakhir Jurassic World ini.

Filem terkenal mengisahkan dinosaur ini mengambil kisah dari filem lama, siri filem, Jurassic Park yang terkenal pada tahun 2015 dan pernah mengutip untung sebanyak $1.6 bilion seluruh dunia.

Siri filem Jurassic World pula pernah bermula dengan $148 juta pada tayangan pertama dan akhirnya berjaya kutip $1.3 bilion pada tahun 2018.

Ulasan filem baru Jurassic World ini dikatakan lemah tetapi penonton lebih kisahkan filem tersebut berbanding pendapat pengkritik.

Filem ini merupakan penutupan siri Jurassic dengan kemunculan karakter-karakter lama dari Jurassic Park dan kesimpulan terakhir tentang kehidupan manusia bersama dengan dinosaur.

Industri merangkumi bahawa box office sudah berjaya menampung dua filem yang besar pada hujung minggu menunjukkan proses tayangan-tayangan filem boleh berjalan semula seperti sediakala.

Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca