Pembukaan Outlet Baru A&W Di Setia City Mall Bermula 10 Januari

Untuk pengetahuan para pembaca semua, A&W Malaysia Sdn. Bhd. adalah sebuah restoran makanan segera yang sangat popular di seluruh dunia khususnya Malaysia.

Walaupun terdapat beberapa isu sebelum ini yang menyatakan A&W Malaysia telah tutup operasi di Petaling Jaya, namun ia bukanlah satu masalah bagi kebanyakan orang yang menggemari makanan yang terdapat di A&W Malaysia. Hal ini kerana mereka mempunyai strategi marketing yang baru dalam memajukan lagi restoran ini. Oleh itu, mereka telah membuka outlet baru, pengumuman ini dikongsikan oleh A&W Malaysia sendiri di akaun Twitter.

Apa yang menarik, ganjaran “free 1 Root Beer dan Curly Fries” akan diberikan kepada 100 orang followers terawal yang like page A&W Malaysia disemua rangkaian sosial media mereka.

Berkenaan lokasi? A&W Malaysia akan membuka sebuah outlet baru di Setia City Mall, Shah Alam, pada hari ini iaitu 10 Januari 2019!

Warga-warga Klang, Shah Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor dan semua yang berada berdekatan kawasan tersebut di jemput hadir,  kepada mereka yang jauh sangat dialu-alukan datang bagi memeriahkan lagi A&W Malaysia, sempena pembukaan outlet baru ini. Jangan lepaskan peluang ini!

Pelbagai reaksi warganet mengenai pembukaan outlet baru.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuh sama-sama memeriahkan lagi Restoran A&W Malaysia, makanan segera paling laris!

Penulis amat berbesar hati supaya para pembaca dapat war-warkan kepada orang ramai mengenai pembukaan outlet terbaru A&W Malaysia ini.

Sumber: Twitter

Artikel Lain Untuk Di Baca