Pembantu Peribadi Ustaz Ebit Lew Tampil Jawab Semua Sindiran Dan Tohmahan Caprice

Pembantu peribadi Ustaz Ebit Lew iaitu Arief Farhan tidak berdiam diri apabila namanya dipetik sebagai insan yang ‘buat hal’ dalam isu pendakwah bebas itu.

Menerusi beberapa hantaran di laman Instagram, Arief tampil menjawab semua tohmahan yang dibuat oleh Caprice kerana ia melibatkan imej Ebit Lew.

Sumber: Instagram Arief Farhan

Arief menjawab isu utama yang dibangkitkan Caprice menerusi satu hantaran di laman Instagram dengan berkata, “Jika betul Ebit Lew buat hal di Gaza seperti yang didakwa, agak-agak kerajaan Palestin beri ke anugerah duta muhibbah Palestin kepada Ustaz dan team?

Salah ke jika Ustaz Ebit Lew beri mainan kepada anak-anak di Palestin? Beliau ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan. Hubungan Ustaz dan Menteri Luar Palestin juga baik-baik sahaja.

Menteri Luar Palestin turut beri surat ucapan takziah ketika pemergian bapa Ustaz Ebit Lew. Kalau hubungan mereka keruh, agak-agak akan terima lagi layanan macam itu semua?”

Sumber: Instagram Ebit Lew

Menurut Arief lagi, antara tohmahan Caprice yang paling tidak betul adalah di mana Ustaz Ebit Lew perlu melutut kepada menteri di Gaza untuk keluar dari sana.

“Dengan nama Allah, Ustaz tidak pernah berbuat perkara itu. Saya akan beri bukti. Takut terlepas pandang, saya terus hubungi Ustaz. Beliau sendiri menafikan dakwaan tersebut. Kenapa Cap? Kenapa sanggup fitnah Ustaz Ebit Lew cium dan melutut kaki Menteri Luar Palestin, Cap?” luah Arief.

Sumber: The Vocket

Tambah Arief lagi, Caprice dilihat sengaja mereka cerita dan memperbesarkan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata mahu masuk Gaza. Untuk pengetahuan anda, ia bukan sesuatu perkara yang mudah untuk masuk ke Gaza kerana ia memerlukan perancangan yang teliti. Banyak aspek yang perlu diambil kira terutamanya soal keselamatan.

Sumber: Instagram Ebit Lew

Menurut kedutaan Malaysia dan Unit Perisikan Tentera Mesir, pasukan Ustaz Ebit Lew merupakan team pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza selepas perang baru-baru ini.

“Ada lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh dunia terkandas di Mesir dan menunggu masa untuk dibenarkan masuk ke Gaza,” tulis Ebit Lew

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir menjadi bualan ramai selepas meluahkan perasaan kurang gembira dengan pasukan di belakang Ustaz Ebit Lew.

Sumber: Instagram Caprice

Penyanyi rap itu berkata dirinya telah disekat oleh akaun Instagram Ebit Lew selepas menegur secara peribadi tentang cara kerja pendakwah bebas terbabit di sana.

Sumber: Instagram Caprice

Caprice mendakwa ‘lakonan’ daripada pasukan yang masuk ke Gaza sebelum beliau telah menyukarkan peluangnya untuk masuk ke Gaza.

Antara perkara yang dibangkitkan oleh penyanyi rap berkenaan ialah foto Ebit Lew memberi mainan kepada kanak-kanak yang menurut Caprice dipersoal oleh penduduk Gaza kenapa nampak seperti sebuah photo shoot.

Selain itu, Caprice turut berkongsikan tangkap layar perbualan beliau dengan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Instagram Story. Menerusi tangkap layar tersebut, anda dapat lihat Caprice meminta peluang untuk diberi kebenaran masuk ke Gaza untuk ‘betulkan huru-hara’ yang ditinggalkan oleh Ebit Lew.

Sumber: The Vocket

Caprice turut mendakwa Ebit Lew menghadapi masalah sewaktu berada di Gaza dan perlu melutut di hadapan Menteri Luar Palestin untuk keluar dari Gaza. Semuanya berpunca daripada foto pemberian mainan kepada kanak-kanak miskin yang dirakam oleh pasukan Ebit Lew.

Dalam pada itu, Caprice turut menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan Ebit Lew cuma tidak senang dengan cara kerja pasukan pendakwah bebas itu yang baginya cuma mencari publisiti ketika di Gaza.

Caprice dijangka akan membuat pendedahan rasmi apa yang sebenarnya berlaku di Gaza pada 21 Julai ini dan berkata pendedahan yang bakal dibuat boleh ‘mengancam nyawanya’. Apa pendedahan tersebut?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca