Semalam sewaktu sidang media harian, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelihatan tersasul dan sukar untuk menyebut PKPB iaitu akronim kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Di dalam video tersebut, beliau dilihat berulang kali menyebut huruf yang sama dan dalam keadaan bingung ingin menyambung perkataan tersebut.
In the beninging versi Menteri Pertahanan ๐ pic.twitter.com/ZvYyKzU7Y3
— K.P.K.P.B.P.K.P.B. (@IniAlannn) May 28, 2020
Hal ini menerima reaksi daripada warganet yang rata-rata terhibur melihat kesilapan yang dilakukan oleh Ismail Sabri itu:



Malah, ada yang menyamakan situasi ayah kepada penyanyi Dafi itu dengan video yang pernah tular sebelum ini, di mana seorang lelaki sukar menyebut perkataan road block ketika ingin menyampaikan berita.
Ni lagi parah ni daripada covid 19 pic.twitter.com/zXHMXDP4Rs
— ๐ค๐๐ ๐ฃ๐๐๐ ๐๐๐ค๐๐ (@burungcip) March 20, 2020
Selain itu, ia turut disamakan situasi ini dengan satu meme yang terkenal di luar negara, di mana ia telah disunting untuk membuatkan orang itu kelihatan susah untuk menyebut in the beginning.
In the beningging.. in….the…benin…gi..ni.. in..the..beninggi..be..be..ninggini๐๐ pic.twitter.com/NUiVb7JDXn
— ๐๐บ๐ข๐ช๐ง๐ถ๐ญ ๐๐ฌ๐ฎ๐ข๐ญ | ๐๐ผ (@tengku_epul) November 23, 2017
Semestinya video ini memberikan satu hiburan kepada negara kita disaat COVID-19 sedang berleluasa. Malah, tidak mustahil video itu akan disunting oleh rakyat Malaysia yang kreatif untuk dijadikan sebagai bahan gelak tawa di media sosial.
Sebelum ini juga, Ismail Sabri pernah menjadi bualan orang ramai apabila bajunya sering disamakan dengan kuih tempatan.
Akhir sekali, semua orang diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.
Walaupun PKPB mempunyai sedikit kelonggaran berbanding fasa-fasa sebelumnya, kesihatan anda dan orang sekeliling tetap perlu menjadi keutamaan sepanjang masa. Hanya keluar apabila perlu sahaja dan sentiasa memakai pelitup muka.
Untuk membaca artikel lain berkaitan Ismail Sabri, anda boleh klik pada pautan di bawah: