Pemansuhan Etnik Uighur, Parti Komunis China Laksana Program Rogol Besar-Besaran Kaum Wanita

Sebagaimana yang telah diartikelkan sebelum ini, antara bentuk penindasan yang dilakukan oleh China terhadap etnik Uighur ialah memaksa kaum wanita Muslim untuk tidur bersama-sama dengan lelaki lain.

Untuk pengetahuan anda, penindasan ini ternyata dikenali sebagai ‘rogol besar-besaran’ terhadap kaum wanita etnik Uighur.

Untuk menghapuskan golongan minoriti Xinjiang, iaitu Uighur, kerajaan China telah mewujudkan sebuah program yang dipanggil sebagai ‘Dijodohkan dan Menjadi Keluarga’.

Bagi merealisasikan program ini, parti komunis China akan mengarahkan kaum lelaki dari etnik Han untuk mengawasi rumah wanita Uighur ketika suami mereka berada dalam tahanan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan mengawasi, lelaki etnik Han yang tidak mempunyai agama atau ateis ini akan tidur sekali dengan wanita Uighur.

Seorang aktivis bernama Rushan Abbas menyatakan bahawa tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha Parti Komunis untuk menghapuskan identiti etnik Uighur.

Jelasnya, “Ia merupakan rogol secara besar-besaran. Kerajaan akan menawarkan wang, rumah dan pekerjaan kepada lelaki Han untuk datang dan ‘bersama’ dengan wanita Uighur.”

“Wanita Uighur atau keluarga tidak boleh menolak permintaan atau perkahwinan tersebut kerana mereka akan dianggap sebagai ekstremis Islam sekiranya enggan berkahwin dengan lelaki ateis Han. Oleh itu, mereka tiada pilihan.”

“Sudah bertahun-tahun lelaki Han berselindung di sebalik perkahwinan itu. Mereka merogol semua wnaita Uighur. Penindasan ini hanya disedari oleh pihak media kira-kira setahun yang lalu.”

Berdasarkan kenyataan pegawai China sewaktu ditemu bual, dia menyatakan bahawa biasanya terdapat satu hingga dua orang yang akan tidur sekatil dengan wanita Uighur. Sekiranya cuaca sejuk, tiga orang akan tidur bersama. Kini, jika wanita itu tidur dengan saudara lelaki pasangan mereka juga dianggap normal.

Bagaimanapun, pegawai tersebut ada menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengambil kesempatan terhadap wanita Uighur.

Meskipun begitu, aktivis Rushan mengatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawai itu adalah satu pembohongan kerana ramai wanita Uighur yang direkodkan hamil.

Untuk makluman pembaca, kerajaanXi didakwa sedang berusaha untuk menjadikan China sebagai negara bebas agama dan Islam menjadi sasaran utama mereka.

Untuk membaca artikel yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca