Pemandu Lori Trauma, ‘Spiderman’ Tanpa Pakaian Melekat Depan Cermin

pemandu-lori-trauma-spiderman-tanpa-pakaian-melekat-depan-cermin

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan tentang seorang lelaki tidak berpakaian telah berpaut pada cermin hadapan sebuah lori sehingga menyebabkan pemandu lori tersebut terkejut kaku.

Difahamkan, pemandu lori tersebut kelihatan terkejut apabila terlihat lelaki yang tidak mengenakan sebarang pakaian melekat di cermin hadapan keretanya.

Menerusi perkongsian video berdurasi 45 saat itu, lelaki berkenaan bertindak untuk tidak berganjak dari berpaut pada cermin hadapan malah kelihatan seperti memarahi pemandu lori tersebut.

Berdasarkan video tersebut, ketika kejadian, beberapa orang awam yang berada di kawasan berkenaan memaklumkan berkemungkinan lelaki yang berlagak seperti ‘Spiderman’ itu merupakan warga asing.

Rata-rata netizen mengatakan gelagat itu mencuit hati dan mengajak ramia-ramai ‘tikam’ nombor lori tersebut.

Kini, lelaki terbabit ditahan oleh pihak polis dan sedang menerima rawatan di Hospital Kajang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata dalam satu kenyataan, polis menerima laporan mengenai lelaki itu pada 26 November lalu.

“Kejadian tersebut berlaku di Jambatan Kampung Baru, Pekan Batu 14, Puchong. Kemudian, lelaki itu dibawa ke balai polis sebelum dirujuk ke Hospital Kajang.

“Kini dia berada di wad psikiatri untuk dapatkan rawatan. Lelaki warga Bangaladesh itu dipercayai mengalami masalah kesihatan mental”, katanya ketika mengulas video yang tular di laman sosial Twitter.

Sumber: Twitter (@rudyakhbar_

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca