Pemandu Dipaksa Tepati Masa, Ini Tragedi Kereta Api Amagasaki

Siapa sahaja yang tidak akan jadi bosan apabila terpaksa menunggu lama untuk kereta api tiba di stesen yang kita tunggu? Jika kurang bernasib baik, kita terpaksa tunggu lebih lama lagi supaya gerabak kereta api itu penuh dengan penumpang dahulu sebelum ia bergerak ke hentian seterusnya.

Namun, ia berbeza di Jepun. Pada 25 April 2005, kereta api Amagasaki yang dikendalikan oleh West Japan Railway telah terlibat dalam kemalangan yang telah meragut 107 nyawa dan 562 orang lagi tercedera.

Walaupun hanya terlewat 1 minit 30 saat sahaja untuk sampai ke stesen yang seterusnya, pemandu berkenaan nekad untuk memandu kereta api dengan kadar kelajuan melebihi 100kph (62mph) supaya beliau boleh sampai ke hentian stesen seterusnya pada masa yang ditetapkan.

Sumber: The Vocket

Walaupun begitu, individu yang bersalah dalam kes ini difahamkan bukannya pemandu tersebut sahaja. Hal ini demikian kerana Osamu Yomono mendakwa kemalangan ini juga berpunca daripada peraturan pihak pengurusan Syarikat Keretapi Jepun Barat sendiri yang menekankan budaya kerja tepati masa dan mementingkan kecekapan operasi berbanding segala-galanya.

Osamu yang merupakan timbalan presiden Persatuan Gabungan Pekerja-Pekerja Keretapi Jepun pada waktu itu berkata para pemandu yang terlewat atau tidak menepati masa semasa menjalankan operasi kereta api ini akan dikenakan hukuman ‘penghinaan’ oleh pihak atasan.

Tidak berhenti di situ, para pemandu juga terpaksa menjalani hukuman mereka dengan membuat tugasan luar bidang seperti menyiapkan beberapa laporan bertulis selepas tamat waktu bekerja.

Dalam pada itu, Osamu percaya tekanan kerja dan hukuman penghinaan terbabit telah memaksa Ryujiro Takami yang berusia 23 tahun pada ketika itu memandu kereta api tersebut dengan laju untuk mengejar masa walaupun beliau hanya terlewat 1 minit 30 saat sebaik sahaja berlepas dari stesen yang sebelumnya.

Disebabkan terlalu ikutkan peraturan ini dan malu akan dihina oleh majikan, Ryujiro dilaporkan turut menghembuskan nafas terakhir dalam kejadian malang itu.

Jasad mendiang tersepit bersama mangsa korban yang lain di dalam ‘bangkai’ kereta api. Semua jasad mangsa korban akhirnya berjaya dikeluarkan tiga hari selepas kejadian. Apa pendapat anda tentang budaya kerja ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca