Pemandu Di UK Boleh Disaman Jika Cermin Mata Berwap Disebabkan Pelitup Muka

Di Malaysia, sesiapa sahaja yang tidak memakai pelitup muka akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 dan ramai yang berpendapat bahawa ia sudah cukup berat. Namun begitu, undang-undang di United Kingdom (UK) sebenarnya jauh lebih tegas berbanding di negara kita.

Percaya atau tidak, pemandu di UK boleh dikenakan saman sebanyak RM5,487 sekiranya cermin mata mereka berwap semasa memandu sambil memakai pelitup muka.

Menurut laporan media UK, keadaan ini (cermin mata berwap) boleh menjejaskan penglihatan dan mengalihkan perhatian seseorang semasa sedang memandu. Ini sekali gus boleh mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang lain.

Sumber: Forbes

Tidak dinafikan, cermin mata berwap memang merupakan satu masalah yang sering dihadapi semasa mengenakan pelitup muka. Bagi sesetengah individu, keadaan sedemikian tidak menghalang mereka untuk terus memakainya ketika sedang memandu.

Dengan berjuta-juta orang mula kembali bekerja seperti biasa, ia berpotensi menambah ribuan pemandu ke jalan raya di UK yang kini memandu tanpa preskripsi yang betul kerana kira-kira empat juta orang dilaporkan tidak melakukan ujian mata sepanjang tempoh perintah berkurung berkuat kuasa.

Disebabkan itu, pegawai polis di negara tersebut akan mengawal keselamatan dengan melakukan tindakan denda sekiranya mendapati cermin mata yang dipakai berwap ketika memandu. Si pemakai cermin mata digalakkan untuk membuka pelitup muka semasa memandu untuk mengelakkan masalah ini.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca