Pemakaian Pelitup Muka Diwajibkan Mulai 1 Ogos, Ini 5 Perkara Utama Sidang Media Ismail Sabri

Peningkatan dalam jumlah kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali gus membimbangkan ramai pihak. Dalam usaha untuk mengekang pertambahan kluster baharu dan peningkatan kes COVID-19 sehingga dua angka, pihak kerajaan kini mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak dan semua pengangkutan awam mulai 1 Ogos ini.

Sumber: Head Topics

Berikut kami kongsikan lima perkara penting yang anda perlu tahu pada sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 23 Julai:

1. Kerajaan memutuskan untuk mewajibkan pemakaian topeng pelitup muka bermula 1 Ogos. Individu yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

2. Tindakan tegas akan diambil terhadap premis makanan serta pengunjung yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

3. Orang ramai yang pulang dari luar negara perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat kuarantin mulai 24 Julai.

4. Sejumlah 588 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dan telah diarahkan untuk menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing.

5. Seramai 2,065 PATI, 563 tekong dan 121 penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng ketika cuba membolos sempadan negara.

Apa-apa pun, diharapkan agar seluruh rakyat Malaysia dapat mematuhi SOP serta semua saranan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sehingga rantaian COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan penularan wabak COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca