Pemain Tolak Panggilan Harimau Malaya Jelang Piala AFF 2022, Ini Jawapan TMJ

“Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan. Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya 6 hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” 

Itu reaksi balas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember ini.

Sumber: Vocket FC

Menurut kenyataan TMJ, pemain tidak menolak panggilan skuad negara buta-buta dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam persembahan pasukan kebangsaan di setiap pertandingan FIFA. Namun, pemain juga perlu berehat selepas bekerja, berlatih dan bermain sejak bulan Januari lalu.

Sumber: Malaysia Gazette

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon dalam sesi temuramah pada hari pertama latihan pasukan negara turut mengakui ini adalah pengalaman pertama dalam kariernya sebagai jurulatih apabila ada pemain menolak panggilan skuad kebangsaan.

Seramai 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara, sebelum ia disusuli oleh dua pemain dari Kuala Lumpur City FC, turut menolak panggilan itu.

Sumber: FAM

Ketika ini, pasukan negara sedang melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF bermula hujung bulan.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca