Search
Close this search box.

Pemain Selangor Dimaki Penyokong Sendiri, Ini Kenyataan Rasmi Selangor FC

Kapten pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin dikritik penyokong sendiri selepas pasukan tersebut berjaya mengalahkan Kedah Darul Aman FC, 4-1 dalam aksi Liga Super.

Seorang penyokong memanggil Safuwan dan memberi kritikannya tentang kegagalan pasukan untuk menghalang pasukan lawan daripada menjaringkan gol meskipun pasukan Selangor FC telah memenangi perlawanan pada malam itu.

Penyokong menggunakan kata-kata kesat untuk menunjuk perasaan tidak puas hati dengan kemenangan yang dikecapi.

Sumber: Instagram @safuwanbaharudin

Selepas kejadian itu berlaku, Safuwan tetap tidak putus semangat dan menerangkan selagi ketua asal pasukan Selangor FC, Brendan Gan tidak kembali semula ke padang, dia akan cuba sebaik mungkin untuk menjaga semua pemain ketika berada di padang dan di luar padang.

Walaupun berasa kecewa dengan apa yang berlaku, Safuwan tetap kekal positif dan mengatakan bahawa semua hanyalah manusia biasa. Dia juga telah memaafkan penyokong tersebut dan meminta semua untuk membuka buku baru.

Kelab Selangor FC memberi kenyataan rasmi bahawa setiap individu bersama Selangor FC ini memain peranan masing-masing bagi membangunkan semangat pasukan ini untuk berjaya termasuklah peminat.

Diingatkan bahawa setiap pendapat atau kritikan amat dialu-alukan tetapi seharusnya menggunakan kata-kata yang positif agar tidak menjatuhkan semangat yang ada.

Mereka memahami tindakan semua adalah kerana mahukan yang terbaik untuk pencapaian kelab dan untuk menerima kata-kata negatif atau cacian juga bukanlah perkara yang mudah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca