Pemain Bola Sepak Ini Dedah Motif Tekup Muka Anak Yang Disyaki COVID-19 Sehingga Maut

Menurut polis, seorang pemain bola sepak didakwa telah mengaku bersalah mengambil nyawa anaknya hanya kerana beliau tidak menyayanginya.

Cevher Toktas, pemain yang pernah bermain untuk Liga Super Turki antara 2007 dan 2009 telah memberitahu para pegawai bahawa beliau melemaskan anak lelakinya, Kasim dengan bantal.

Pemain yang berumur 32 tahun itu dilaporkan membawa anaknya ke Hospital Kanak-Kanak Dortcelik di bandar Bursa pada 23 April yang lalu.

Hal ini berikutan Kasim dikatakan mengalami kesukaran bernafas dan demam panas.

Oleh kerana khuatir dijangkiti COVID-19, dua beranak itu dikuarantin oleh pihak hospital.

Cevher kemudian memberitahu anaknya semakin sukar untuk bernafas sehingga dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia.

Pada mulanya, pemergian Kasim dikategorikan dalam COVID-19. Namun menurut laporan agensi berita, selepas 11 hari pemergian kanak-kanak itu Cevher telah tampil ke balai polis untk membuat pengakuan.

Beliau mengaku dirinya telah menekup kanak-kanak berusia lima tahun itu dengan bantal.

“Anak saya bergelut ketika itu. Selepas dia tidak bergerak, saya angkat bantal.

Kemudian saya jerit kepada doktor untuk membantu buat pemeriksaan.

Saya tak pernah sayang anak saya setelah dia dilahirkan, saya tidak tahu mengapa saya tidak sayangkan dia.

Sebab utama saya ragut nyawanya pada hari itu kerana saya tidak suka dia. Saya tidak mempunyai sebarang masalah mental,” ujarnya.

Dilaporkan pihak berkuasa akan menggali semula kubur Kasim untuk proses bedah siasat.

Sebelum ini kami ada kongsikan artikel lain yang hampir sama seperti ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca