Pelik Tapi Benar, Sindrom Minum Darah Memang Betul-Betul Wujud

Sebut sahaja minum darah, mesti anda semua terus terbayangkan pontianak. Takkan manusia pula kan nak minum darah? Banyak lagi air yang sedap untuk diminum. Kalau ada pun dalam cerita klasik pada suatu ketika dahulu iaitu Raja Bersiung.

Apa yang kami bakal bongkarkan ini boleh bikin mulut anda semua terlopong. Jangan sampai masuk lalat sudah!

Sebenarnya, wujud manusia yang gemar meminum darah dalam dunia ini. Ia merupakan satu sindrom yang dikenali sebagai Renfield. Mereka yang mengalami sindrom ini minum darah seakan-akan minum air masak.

Malah, mereka sangat obsesi dengan darah. Macam ada sesetengah individu yang obsesi dengan bubble tea, begitu juga mereka cuma bubble tea itu ditukar kepada darah.

Sindrom ini juga dikenali sebagai Clinical Vampirism. Ia dikenal pasti pada tahun 1964 selepas terjadi 2 kes psikoanalitik.

Sindrom ini bagaimanapun tidak diiktiraf oleh Klasifikasi Penyakit Antarabangsa atau Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental. Namun begitu, terdapat banyak buku dan jurnal yang membongkar tentang sindrom aneh ini. Obsesi ini dianggap sebagai salah satu bentuk kejahatan yang ganas serta luar biasa.

Artikel Lain Untuk Di Baca