Pelembut Pakaian Tingkatkan Kadar Kanser? Ini 5 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Kanser

Umum mengetahui bahawa penyakit kanser bukan calang-calang penyakit. Ia merupakan antara penyakit yang menjadi penyumbang utama dalam kes kematian di serata dunia.

Sebelum ini, ramai yang percaya bahawa kanser selalunya diakibatkan oleh faktor keturunan. Tetapi saban hari, angka penghidap penyakit kanser makin bertambah dan ada antara mereka ini yang langsung tidak mempunyai keturunan sedemikian.

Perkara ini membuat kita semua tertanya-tanya, apakah sebenarnya punca seseorang itu menghidapi kanser? Adakah amalan kita memainkan peranan dalam hal ini?

Sebenarnya, kanser bukanlah disebabkan oleh keturunan semata-mata. Terdapat juga punca-punca lain yang meningkatkan peluang kita semua untuk berdepan penyakit itu.

Berikut kami kongsikan 5 perkara yang dipercayai menjadi punca kanser:

1. Pengambilan gula secara berlebihan

Ramai yang salah anggap bahawa pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan penyakit diabetes semata-mata. Ia juga boleh menyebabkan kanser kerana jumlah gula yang berlebihan boleh merosakkan sel dalam tubuh. Ini sekali gus akan meningkatkan peluang untuk seseorang itu terkena kanser.

2. Minum teh panas

Ramai tak penggemar teh panas di sini? Siapa sahaja yang tidak sukakan teh panas, ia cukup menyegarkan. Namun begitu, menurut kajian yang dilakukan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa, menghirup teh panas sebenarnya boleh menyebabkan risiko penyakit kanser esofagus. Jadi, elakkan minum teh panas selepas ini. Biarlah ia suam terlebih dahulu dan baru minum.

3. Duduk terlalu lama

Perkara ini mungkin kedengaran tidak masuk akal, namun itulah hakikatnya. Kajian mendapati bahawa duduk lebih dari enam jam tanpa melakukan apa-apa boleh meningkatkan kadar kanser sebanyak 19 peratus.

4. Terhidu habuk kayu

Kajian terbaharu telah mendapati bahawa tukang kayu yang menghidu habuk kayu sewaktu memotong atau gergaji kayu mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser hidung.

Jadi, sekiranya anda melakukan kerja yang terdedah dengan habuk kayu, sebaiknya gunalah penutup mulut.

5. Pelembut pakaian

Ramai yang gemar untuk menggunakan pelembut fabrik ketika mencuci pakaian kerana harumannya yang tahan lama. Namun begitu, ramai yang tidak tahu bahawa ia sebenarnya mengandungi bahan kimia bertoksik.

Berdasarkan kajian Jurnal Toksik dan Kesihatan Alam Sekitar terhadap beberapa jenama pelembut pakaian, terdapat bahan seperti benzly acetate, benzly alcohol, ethanol, limonene dan sebagainya dalam larutan itu. Bahan-bahan ini sangat berbahaya dan merupakan penyebab kanser prostat.

Jadi, kalau boleh elakkanlah melakukan perkara-perkara yang kami kongsikan di atas. Tak rugi kalau kita cegah sebelum parah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca