Pelbagai Aktiviti Menarik Di Pesta Buku Selangor 2019

Pesta Buku Selangor (PBS) 2019 merupakan penganjuran pesta buku kali ke-14 sejak tahun 2006. Pesta Buku ini dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bersama Kerajaan Negeri Selangor.

Bertemakan Alami Ilmu, pesta buku ini akan berlangsung selama 11 hari bermula dari 28 Februari sehingga 10 Mac 2019 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Waktu operasi dari jam 10 pagi sehingga 9 malam.

Pesta Buku Selangor 2019 turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Tadika Selangor,Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Penerbit Buku Malaysia (MABOPA), dan Media Selangor.

Untuk para pencinta novel, inilah peluang anda untuk membeli novel dengan harga yang murah. Antara syarikat penerbitan buku yang terlibat adalah, Fixi, Karangkraf, PTS, Lejen Press, Dubook dan banyak lagi.

Bukan hanya novel sahaja yang ada diskaun, ibu bapa dan murid sekolah juga boleh dapatkan buku akademik di booth Sasbadi terdapat pelbagai buku rujukan dengan harga promosi.

Kepada mereka yang ingin medapatkan novel-novel keluaran Lejen Press pula jemput datang ke booth bernombor N36. Terdapat lebih 100 judul buku yang akan dijual dengan harga RM5, RM10, RM15 dan banyak lagi diskaun lain. Jom borong buku sampai licin!

Manakala bagi peminat komik, anda boleh dapatkan keluaran terkini di booth Gempak Starz dan Bekazon.

Selain daripada jualan buku terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya adalah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, treasure hunt, persembahan daripada Didi & Friends, bual bicara oleh penulis buku terkenal, persembahan nyanyian oleh Najwa latiff dan banyak lagi.

Para pengunjung yang hadir dengan kenderaan sendiri tidak perlu bimbang kerana terdapat tempat meletak kereta yang luas di SACC Mall dan juga ruang meletak kereta terbuka berhadapan dengan kompleks PKNS.

Jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Pesta Buku Selangor 2019 ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca