Pelarian Syria, Wanita Ini Bina Khemah Mampu Jana Elektrik

Sejak perang meletus di Syria, lebih kurang 13.5 juta orang telah kehilangan tempat tinggal. Ramai antara mereka yang menjadi pelarian walaupun di negara sendiri. Mereka telah kehilangan keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan dan air yang bersih.

Abeer Seikaly, seorang arkitek wanita kelahiran Jordan-Kanada telah menyumbangkan kepakarannya dalam membina khemah perlindungan untuk para pelarian. Abeer berharap, pembinaan khemah ini dapat membantu para pelarian untuk mewujudkan sebuah kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Apa yang menarik pada khemah ini adalah ia dapat berfungsi sebagai alat tadahan air hujan dan juga dapat membekalkan tenaga solar dari cahaya matahari. Ciptaannya ini, dinamakan sebagai ‘Weaving a home’ atau anyaman rumah. Abeer Seikaly berkata, beliau mendapatkan idea ini daripada seni anyaman. Bentuknya berangkai seperti anyaman, apabila dilihat dari jauh.

Khemah ini mempunyai dua lapisan yang membolehkan udara sejuk daripada luar masuk ke dalam ketika musim panas. Fungsi bahan yang digunakan untuk membuat khemah ini dapat merengang dan mengecut mengikut keadaan cuaca.

Selain itu, air hujan juga dapat dikumpulkan daripada atas khemah kemudian, air hujan tersebut mengalir ke bahagian takungan yang telah disediakan di bahagian sisi khemah. Tenaga solar yang diserap, dapat ditukarkan kepada kuasa eletrik yang disimpan di dalam bateri khas.

Semoga para pembaca dapat memanfaat segala maklumat yang diberikan dengan sebaiknya.

Sumber: Abeer Seikaly

Artikel Lain Untuk Di Baca