Pelari Maut Akibat Disambar Petir Sebelum Tiba Di Garisan Penamat

Nyawa seorang pelari jarak jauh melayang selepas disambar petir sebelum tiba di garisan penamat dalam larian 50 kilometer.

Lelaki yang dikenali sebagai Thomas Stanly itu meninggal dunia pada Sabtu lalu sebelum menamatkan lariannya di Flatrock, Kansas.

Difahamkan, pelari lain yang menyaksikan kejadian menimpa Stanly itu bergegas membantunya. Dia turut diberikan Cardiopulmonary resuscitation (CPR) namun tetap gagal untuk diselamatkan.

Stanly pergi meninggalkan seorang isteri dan juga tiga orang anak yang masih kecil.

Menurut Ashley, dia mengetahui insiden yang menimpa suaminya sebaik sahaja pengarah perlumbaan berkenaan bertanyakan sama ada dia berada di sekitar kawasan larian itu diadakan.

Selepas mendapat tahu yang suaminya disambar petir, Ashley terus menelefon hospital berdekatan namun Stanly dikatakan tiada di situ dan mungkin masih dalam ambulans.

Ashey kemudiannya merayu agar seseorang memberitahu keadaan suaminya lalu pihak hospital menyambung panggilannya kepada seorang sheriff.

Pada mulanya, sheriff berkenaan mula bertanya tentang tarikh lahir dan juga usia suaminya. Ashley terus mengatakan bahawa itu semua tidak penting dan dia cuma mahu tahu keadaan suaminya.

Jantung Ashley seolah-olah berhenti seketika semasa sheriff tersebut memaklumkan, “Maaf, dia sudah tiada.”

Lebih menyedihkan, Ashley mengatakan bahawa anak sulungnya yang berusia 6 tahun iaitu Charlotte seolah-olah sudah mengerti bapanya sudah tiada.

“Kalau daddy tak sertai perlumbaan itu pasti dia masih hidup, betul tak?” tanya Charlotte kepadanya.

“Ya.”

“Kalau saya tahu dari awal ini nasib daddy, saya tidak benarkan daddy masuk perlumbaan itu,” kata Charlotte.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca