Pelanggan Enggan Kunjungi Restoran Kegemaran Setelah Lihat Aksi Pekerja Buang Air Di Dapur

Baru-baru ini, premis perniagaan restoran makanan diarahkan tutup sejurus selepas rakaman aksi seorang kakitangannya ‘kantoi’ buang air kecil di bahagian dapur.

Susulan kejadian terbabit, Jabatan Kesihatan segera menghantar notis penutupan kepada restoran berkenaan yang begitu terkenal dalam negara Mexico di Draper, Utah.

Perbuatan tidak senonoh itu rupanya dirakam oleh seorang pelanggan bernama Robert Talivakola yang membuat pesanan menerusi drive-thru.

Menurut pemuda ini, dia juga begitu terkejut dengan apa yang dilihat olehnya. Sehubungan itu, dia bertindak untuk merakam aksi itu bagi meyakinkan orang ramai.

Jelasnya, “Rancherito merupakan salah satu restoran kegemaran saya. Saya akan makan dengan banyak sekali sekiranya mengunjungi kedai itu. Kini, saya sedikit agak terganggu lebi-lebih lagi sesudah melihat perbuatan tersebut.”

“Sejujurnya, saya tidak akan makan di restoran itu lagi.”

Rakaman yang dikongsikan oleh pemuda ini menerusi akaun Facebooknya menerima 70,000 tontonan. Bagaimanapun, posting itu telah dipadam oleh lelaki berkenaan.

Kini, seluruh kawasan dan premis perniagaan diarahakan untuk dibershkan serta merta.

Pelaksanaan pengoperasian premis pula akan berlangsung setelah pihak pengurusan bertemu dengan Biro Perlindungan Makanan bagi menjalani pemeriksaan lengkap dan pengesahan latihan pekerja.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca