Pelanggan Batalkan Pesanan ‘Delivery’ Makanan Di Filipina Boleh Dipenjara 6 Tahun

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Filipina bakal kuat kuasa satu rang undang-undang baharu di mana ia bakal menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam tahun kepada para pelanggan yang membatalkan perkhidmatan penghantaran makanan.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, setiap individu yang membatalkan pesanan yang telah dibayar oleh penghantar makanan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Rancangan ini dibuat selepas perkhidmatan penghantaran makanan menerima permintaan yang semakin tinggi di negara tersebut terutamanya dalam situasi seluruh dunia sedang mengalami pandemik COVID-19.

Bagi yang masih keliru, undang-undang ini juga adalah untuk melindungi penghantar makanan daripada penipuan yang sering dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab seperti memesan makanan ataupun barang runcit sebagai prank.

man in black jacket and blue denim jeans with black backpack walking on sidewalk during daytime

Memetik laporan Coconuts, Dewan Perwakilan setempat telah mengemukakan Rang Undang-Undang Perlindungan Makanan dan Barang Bekalan pada 4 Jun lalu.

Individu yang didapati bersalah terhadap pertuduhan tersebut sama ada dijatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam tahun atau denda 100,000 peso (RM8,529).

Denda ini bagaimanapun tidak akan dikenakan kepada pelanggan yang membatalkan pesanan mereka kerana telah menunggu lebih dari satu jam atau sudah membuat pembayaran.

Pelanggan yang mendapati kad kredit mereka masih dikenakan caj tambahan walaupun sudah membatalkan pesanan mereka juga akan terlepas daripada hukuman menerusi rang undang-undang ini.

Sementara itu, rang undang-undang ini juga tidak membenarkan pelanggan memalukan mana-mana penghantar makanan di platform media sosial. Tertuduh yang didapati bersalah bakal menghabiskan sekurang-kurangnya enam bulan di penjara.

Pada pendapat anda, adakah kerajaan Malaysia patut kuat kuasa satu rang undang-undang yang sama seperti ini di negara kita?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan perkhidmatan penghantaran makanan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca