Pelanduk Dua Serupa, Pramugari Ini Sering Disalah Anggap Sebagai Meghan Markle

Gara-gara mempunyai wajah yang seiras dengan isteri kepada Putera Harry, seorang kru kabin mendedahkan dia sering disalah sangka sebagai Meghan Markle oleh penumpang pesawat.

Christine Mathis, 32, berkata, orang ramai mula membandingkan raut wajahnya dan Duchess of Sussex itu selepas Meghan pertama kali muncul dalam rancangan televisyen bertajuk Suits pada tahun 2011.

Tambah ibu kepada seorang anak itu, perbandingan antara dirinya dan Meghan Markle semakin menjadi-jadi selepas Meghan dikhabarkan sedang bercinta dengan Putera Harry.

“Pengawal sekuriti lapangan terbang hanya akan mempercayai saya bukan Meghan Markle apabila saya menunjukkan pasport saya,” jelas Christine.

Menurut Christine lagi, seorang penumpang pesawat pernah menegurnya dan bertanya kenapa dia masih bekerja sebagai pramugari kapal terbang apabila dia sudah menikahi seorang putera raja.

“Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang tahi lalat dan pakar kulit itu juga yakin saya adalah Meghan Markle yang sedang menggunakan nama palsu untuk mengelak daripada dikenali orang ramai.”

Apabila disoal mengenai perasaannya apabila harus berdepan dengan insiden-insiden lucu berkenaan hampir setiap hari, Christine menganggap ia adalah satu pujian.

“Meghan sangat cantik dan saya menyifatkan kata-kata orang ramai yang menyamakan kami berdua sebagai satu pujian.”

Duchess of Sussex, Meghan Markle (Kiri) dan Christine Mathis (Kanan)

“Saya dapat lihat persamaan kami. Ia mungkin ada kaitan kerana Meghan dan saya adalah hasil perkahwinan kacukan. Bapa saya berketurunan Afrika-Amerika dan Itali manakala, ibu Meghan pula berketurunan Afrika-Amerika,” katanya lagi.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Meghan Markle, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca