Semua orang pasti mengetahui kumpulan muzik The Beatles. Malah, lagu-lagu dari kumpulan tersebut masih dapat didengari sehingga sekarang walaupun kumpulan ini sudah tiada. Jika ditanya tentang The Beatles, pasti akan menyebut lagu yang romantik seperti ‘Yesterday’, ‘Hey Jude’, ‘Something’ dan ‘Let It Be’ kerana ia merupakan lagu paling terkenal.

The Beatles berasal dari Liverpool dan ditubuhkan pada tahun 1960. Kumpulan ini dianggotai oleh John Lennon, Paul McCartney, Ringo Starr dan George Harrison. Kumpulan ini memainkan muzik rock and roll dan romantik. Lagu-lagu kebanyakan terkenal dari kategori romantik.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa kisah yang ramai tidak tahu tentang The Beatles? Berikut kami kongsikan kisah mereka:

1.Kematian Paul McCartney

Berita tentang kematian salah satu ahli kumpulan ini pernah menjadi teori konspirasi. Ramai peminat mengatakan bahawa Paul McCartney mati dalam satu kemalangan jalan raya dan digantikan oleh seorang yang hampir sama seperti beliau. Peminat The Beatles mengatakan mendengar John Lennon menyanyikan lirik ‘I buried Paul’ dalam lagu ‘Strawberry Fields Forever’. Namun menurut John Lennon, dia menyanyikan lirik ‘cranberry sauce’ dan mengatakan teori tentang kematian Paul sangat mengarut dan tidak benar.

2.Hey Jude

Pada asalnya tajuk lagu ini adalah ‘Hey Jules’ yang ditujukan kepada anak John Lennon iaitu Julian. Ketika itu Julian merupakan anak tunggal John Lennon dan Cynthia. Dia menghadapi tekanan kerana John dan Cynthia mahu bercerai. Paul memahami perasaan Julian dan menulis sebuah lagu untuknya. Terciptalah lagu yang bertajuk ‘Hey Jules’ dan kemudian ditukar menjadi ‘Hey Jude’.

3.Dibenci oleh orang kristian

John Lennon pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan “The Beatles jauh lebih terkenal daripada Jesus.” Hal ini menimbulkan kemarahan kepada kumpulan ini dan dibenci oleh orang kristian. Konsert The Beatles pernah dibatalkan, lagu mereka dilarang di radio dan peminat membakar album kumpulan ini kerana marah dengan kenyataan tersebut.

4.Ejaan The Beatles atau the beatles

Kisah ini menjadi kekeliruan pihak media kerana ejaan The Beatles atau the beatles. Kekeliruan ini terjadi kerana surat yang kerap ditulis oleh John Lennon menggunakan huruf kecil manakala logo rasmi The Beatles menggunakan huruf besar.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
Sumber:

anehdunia