Pelamin Anganku Musnah, Lelaki Ini Batalkan Perkahwinan Setelah Melihat Wajah Bakal Isterinya

Impian seorang lelaki untuk berkahwin dengan seorang gadis cantik yang dikenalinya di laman Facebook akhirnya berkecai di saat mereka hampir diijabkabulkan selepas mendapati wajah wanita itu tidak sama dengan gambar di media sosial berkenaan.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Yusuf dan bekerja di Korea Selatan berkenalan dengan seorang wanita Indonesia yang bekerja di Taiwan menerusi laman Facebook.

Walaupun tidak pernah berjumpa, mereka tetap menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Yusuf juga pernah membuat panggilan video tetapi wanita itu selalu menutup mukanya dengan cadar.

Selepas dua tahun menjalinkan hubungan jarak jauh, Yusuf akhirnya mengambil keputusan datang ke Taiwan untuk menikahi gadis yang dicintainya itu.

Bagaimanapun, ketika majlis perkahwinan mereka, Yusuf terkejut apabila mendapati wajah kekasihnya itu jauh berbeza dengan gambar yang sering dimuat naik di media sosial.

Kecewa kerana ditipu wanita berkenaan, Yusuf mengambil keputusan membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea Selatan dengan penuh kekecewaan.

Kisah Yusuf mula tular di media sosial baru-baru ini selepas lelaki itu berkongsi cerita dan turut memuat naik gambar wanita itu dan ketika majlis perkahwinan mereka di Taiwan.

Yusuf berkata, dia juga mengalami kerugian kira-kira Rp10 juta (RM2,948) yang diminta wanita itu sebagai persediaan majlis perkahwinan mereka.

Selain itu, sepanjang hubungan mereka, wanita itu sering meminta wang daripadanya.

Setelah diselidik, rupanya wanita itu menggunakan gambar seorang gadis bernama Intan.

Menurut Intan yang tampil memberi penjelasan, gambarnya selalu dicuri dan disalahgunakan sejak dari dulu lagi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca