Pelaku Telah Dibebaskan Dan Punca Kejadian Tidak Diketahui, Bayi Malang Ini Hampir Ditanam Hidup-Hidup

Hampir ditanam hidup-hidup oleh keluarganya, seorang bayi berjaya diselamatkan dek tindakan pantas sepasukan polis di India.

Ketika itu, seorang lelaki sedang menggali lubang dan bayi malang itu berselimut dalam dakapan datuknya yang berdiri berhampiran.

Manakala beberapa anggota polis dipercayai cuba menghalang tindakan ekstrem lelaki tua terbabit yang ingin menanam bayi berkenaan.

“Mereka menyangka bayi itu telah meninggal dunia dan ahli keluarga lain menyarankan supaya tidak membawa mayatnya pulang ke rumah.”

“Kami berasa sangat gembira kerana berjaya menyelamatkan bayi tersebut,” kata jurucakap polis, A Srinivasulu.

Kedua-dua lelaki terbabit telah ditahan namun dibebaskan semula susulan bayi berkenaan kini dirawat di hospital sementara siasatan lanjut dijalankan.

Dalam kes berasingan sebelum ini, seorang bayi baru lahir ditemukan dalam pasu tanah liat dan dipercayai ditinggalkan selama lebih dua hari sebelum dijumpai lelaki yang menggali kubur untuk anak perempuannya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca