Pelakon Moon Ji Yoon menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun akibat penyakit septisemia akut (keracunan darah).
Memetik laporan Koreaboo, Family ENT iaitu agensi yang mewakili Moon Ji Yoon mengesahkan bahawa selebriti itu dimasukkan ke hospital pada 16 Mac kerana mengalami sakit tekak tetapi tidak sedarkan diri selepas dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menurut sumber itu lagi, “Moon Ji Yoon tidak mempunyai apa-apa penyakit tetapi meninggal dunia secara tiba-tiba kerana septisemia akut.”
Sebagai rekod, Moon Ji Yoon memulakan kerjaya dalam industri hiburan Korea Selatan pada tahun 2002 menerusi drama Romance.
Aktor itu kemudiannya membintangi drama seperti Sassy Girl Chunhyang, Iljimae, Big dan The Sound of Your Heart sepanjang 18 tahun beliau berkecimpung dalam dunia lakonan.

Walau bagaimanapun, nama beliau mula menjadi bualan ramai selepas membintangi drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo dan Cheese in the Trap.

Pihak Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Moon Ji Yoon.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti Korea Selatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: