Pelakon Watak ‘Tarzan’, Joe Lara Terkorban Dalam Nahas Pesawat

pelakon-watak-tarzan-joe-lara-terkorban-dalam-nahas-pesawat
Sumber: Express

Joe Lara, pelakon siri televisyen yang popular dengan watak Tarzan di era 80 hingga 90-an dilaporkan terkorban dalam satu nahas pesawat bersama isterinya dan lima yang lain.

Pesawat model Cessna C501 yang dinaiki oleh ketujuh-tujuh penumpang terhempas ke dalam Tasik Priest berhampiran dengan bandar Nashville dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Pesawat kecil itu terhempas sekitar jam 11 pagi pada waktu tempatan sejurus berlepas dari Smyrna, Tennessee menuju ke Palm Beach, Florida. Memetik laporan daripada pihak berkuasa Florida (RCFR) di Facebook.

Menurut kenyataan RCFR pada petang Ahad berkata, beberapa komponen badan pesawat dan mayat mangsa telah ditemukan semasa operasi menyelamat.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa Joe Lara, 58, dan isterinya Gwen Lara, 66, antara tujuh yang terkorban dalam nahas tersebut.

Bagi mengenal pasti punca nahas berlaku, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan yang terperinci.

Sebelum membintangi siri “Tarzan: The Epic Adventures” dari tahun 1996 hingga 1997, Joe Lara popular dengan watak raja dalam siri TV dalam siri TV tahun 1989 bertajuk “Tarzan In Manhattan”.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca