Pelakon Syafiq Kyle Umumkan Bakal Berkahwin Bersama Mimi Lana

Pelakon Syafiq Kyle berkongsi berita gembira bahawa dia bakal mengikat tali perkahwinan bersama kekasih hatinya yang juga merupakan aktres Mimi Lana.

Memetik laporan Media Hiburan, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata dia masih belum dapat berkongsi tarikh hari bahagia mereka memandangkan persiapan masih dilakukan oleh kedua-dua belah pihak.

Sumber: Instagram @syafiqkylez

“Alhamdulillah satu persatu langkah kita sudah lakukan. ‘Menangis’ banyak juga berhabis tetapi saya percaya bila kita mahu melakukan perkara baik, Allah SWT luaskan rezeki dan permudahkan urusan kita.

Insya-Allah, mungkin dalam tahun ini juga cuma saya tidak berani untuk sebut tarikh tertentu kerana ia bergantung kepada urusan, komitmen kerja dan sebagainya.

Memandangkan banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan daripada kedua-dua belah pihak tapi insya-Allah tahun inilah,” ujarnya.

Pelakon One Cent Thief itu turut mengesahkan bahawa dia dan Mimi sudah menghadiri kursus kahwin.

Sumber: Instagram @missmimilana

“Soal persiapan, buat masa ini saya selesaikan perkara wajib terlebih dahulu. Satu demi satu. Kursus kahwin, kalau belum (kahwin) pun kita memang perlu hadiri. Saya sudah settle itu semua.

Hal yang wajib macam pendaftaran yang perlu kita tengok sama ada sesuai dengan masa dan sebagainya. Sebab itu tidak boleh berikan tarikh, ia boleh berubah,” tambahnya.

Ketika ditanya tentang persiapan pelakon Cari Aku Di Syurga itu pula, Syafiq memaklumkan bahawa semuanya berjalan lancar setakat ini.

Sumber: Instagram @missmimilana

“Apa yang saya lihat, biasalah perempuan akan lebih terperinci soal persiapannya. Dia lebih kepada hal yang cantik-cantik, baju, pemilihan kain dan sebagainya.

Insya-Allah, semoga urusan kami dipermudahkan. Mohon doa yang baik-baik,” jelasnya lagi.

Mimi turut mengesahkan bahawa dia bakal mengikat tali perkahwinan bersama Syafiq menerusi hantaran di laman Instagram dengan berkata, “One step closer. Insya-Allah. Alhamdulillah.”

Team Lejen Digital ingin mengucapkan tahniah kepada Syafiq dan Mimi di atas berita gembira ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca