Pelakon Puteri Aishah Disahkan Positif COVID-19

Selepas PU Riz, pelakon Puteri Aishah pula disahkan positif COVID-19. Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi laman sosial Instagram miliknya semalam.

Puteri Aishah atau nama penuhnya, Puteri Aishah Sulaiman adalah antara 18 tenaga kerja produksi drama yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland, bulan lalu. Kesemua kru dan tenaga kerja produksi telah melakukan ujian saringan COVID-19 di sebuah hospital swasta tempoh hari.

Difahamkan Puteri Aishah baru sahaja pulang dari Scotland selepas menjalani penggambaran sebuah drama bersiri bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.

Sementara itu, menerusi ruangan komen di foto terakhir yang dimuat naik di Instagram, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan pelakon filem Pulang itu.

View this post on Instagram

in sha Allah 🌸

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

Dalam perkembangan lain, pengarah drama bersiri tersebut iaitu Rahila Ali memberitahu bahawa dia dan 18 orang kru termasuk pelakon telah berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum PKP dilaksanakan.

Bagaimanapun, penggambaran terpaksa dihentikan dan mereka pulang ke Malaysia seperti yang diarahkan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca