Pelakon Power Rangers Hijau, Jason David Frank Meninggal Dunia Pada Usia 49 Tahun

Aktor Jason David Frank yang melakonkan watak Tommy Oliver atau Power Rangers Hijau pada era 1990-an menghembuskan nafas terakhir pada usia 49 tahun.

Memetik laporan TMZ, pengurus Jason iaitu Justine Hunt mengesahkan perkara itu semalam tetapi tidak mendedahkan punca Jason menghembuskan nafas terakhir secara umum atas faktor privasi keluarga.

“Tolong hormati privasi keluarga dan rakan-rakannya kerana kami menerima kehilangan insan yang begitu hebat. John sangat menyayangi keluarga, rakan-rakan dan para peminatnya. Dia benar-benar akan dirindui,” ujar Justine.

Sumber: Time

Dalam pada itu, rakan sepasukannya dalam Mighty Morphin Power Rangers iaitu Walter Emanuel Jones yang membawa watak Zack Taylor berkata dia sukar menerima berita sedih itu.

Walter yang melakonkan watak Zack atau Power Rangers Hitam berkata menerusi hantaran di laman Instagram, “… Hati saya sedih kerana kehilangan seorang lagi ahli keluarga istimewa kami.”

Walter turut memberitahu TMZ bahawa, “Jason merupakan inspirasi kepada ramai orang. Kehadirannya amat dirindui. Ia sungguh sedih kerana kami kehilangan seorang lagi ahli keluarga Ranger kami.

Jason adalah salah seorang pelawak terbesar dalam rancangan itu. Dia mempunyai perwatakan yang luar biasa. Kami juga turut berkongsi jatuh bangun kehidupan tetapi saya tetap konsisten untuk berada bersamanya jika dia memerlukan saya. Doa saya ditujukan kepada ahli keluarga Jason dan semua yang akan merinduinya.”

Pemergian Jason difahamkan menambah duka Walter selepas Thuy Trang yang membawa watak Power Rangers Kuning meninggal dunia pada 2001 akibat kemalangan jalan raya ketika berusia 27 tahun.

Pihak Lejen Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Jason David Frank.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca