Pelakon Park Shin Hye Dikhabarkan Hamil, Umumkan Bakal Berkahwin Bersama Choi Tae Joon

PARK SHIN HYE AND CHOI TAE JOON

Pagi ini telah digemparkan dengan satu berita berkaitan pelakon wanita Korea terkenal, Park Shin Hye sedang hamil anak pertama dan bakal berkahwin.

Sebelum ini, dia mengakui hubungannya dengan barisan pelakon Choi Tae Joon sejak tahun 2017.

Kini, pasangan tersebut akan mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup pada tahun hadapan iaitu 22 Januari 2022, menurut agensi SALT Entertainment.

Kedua-dua pelakon ini kemudian menghantar surat di fancafe untuk berkongsi berita gembira ini kepada peminatnya.

“Hello. Saya Park Shin Hye. Hari ini semakin sejuk. Saya ingin tahu jika semua orang berada dalam keadaan sihat dan baik.

Beberapa hari lalu, saya sedang membersihkan rumah lalu terjumpa kontrak lama dengan agensi pertama saya pada 20 tahun lalu.

Saya berada di darjah 6 sekolah rendah dan menjadi seorang pelakon pada tahun kedua saya di sekolah menengah. Dalam sekelip mata, 18 tahun telah berlalu. Saya merasakan masa itu benar-benar berlalu.

Ramai orang bersama saya melalui zaman remaja, dan terima kasih kepada semua kasih sayang dan sokongan anda.

Saya dapat berkembang menjadi seorang pelakon yang boleh menunjukkan pelbagai sisi dalam beberapa produksi.

Ada masa saya sangat gembira bila di hadapan kamera, tetapi setiap kali saya menghadapi kesukaran peminat sayalah yang memberi kekuatan dan keberanian. Setiap kata-kata semangat anda membuatkan saya bangkit semula.

Disebabkan itu saya sangat gementar untuk berkongsi berita ini dan saya bimbang anda mungkin sangat terkejut. Tetapi saya masih mahu memberitahu anda semua dahulu.

Saya akan berkahwin dengan seorang yang telah menjalinkan hubungan bersama saya sekarang. Dia telah menjadi sumber sokongan saya sejak sekian lama dan menerima segala kekurangan yang ada pada diri saya.

Oleh itu, saya ingin memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri dengannya.

Walaupun saya ragu-ragu untuk mengatakan ini kerana ia masih awal, saya telah dikurniakan seorang bayi.

Saya ingin memberitahu anda sebelum orang lain. Saya akan menjadi yang terbaik walaupun selepas saya berumahtangga.

Terima kasih kerana menyokong diri saya yang mempunyai kekurangan dengan kasih sayang awak semua.

Ia akan mengambil sedikit masa, tetapi saya akan bekerja keras untuk kembali sebagai pelakon yang hebat tidak lama lagi tanpa membuat anda semua menunggu terlalu lama.

Harap semua kekal sihat, dan saya ucap selamat tinggal buat masa sekarang,” tulisnya.

Banyak respon positif telah diberikan oleh kedua-dua belah peminat mereka selepas mendengar berita ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca