Pelakon Muda Tanah Air Direman Gara-Gara Bawa Lari Isteri Orang

Seorang pelakon muda tanah air tidak semena-mena ditahan pihak polis selepas disyaki menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya iaitu Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, pihaknya menahan suspek yang berusia 24 tahun itu di Taman Sering Ukay Ampang, Selangor pada Selasa.

Memetik laporan Astro Awani, suami wanita berkenaan yang berusia 38 tahun itu mendapati bahawa isterinya telah tiada dan keluar rumah tanpa izin bersama dengan pelakon berkenaan sekitar jam pukul 8 malam pada Isnin lalu.

Gambar hanya sekadar hiasan.

“Suaminya yang bekerja sebagai peniaga itu mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon yang banyak membintangi drama tempatan itu telah berhubung dan suspek cuba memperdaya serta memikat isterinya untuk mendapatkan sesuatu,” kata Noor Azmi Yusoff menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, suspek telah ditahan reman bermula semalam sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan  Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib,” jelasnya.

Untuk membaca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca