Pelakon Legenda Hollywood, Kirk Douglas Meninggal Dunia Pada Usia 103 Tahun

Pelakon legenda Hollywood, Kirk Douglas dilaporkan meninggal dunia pada usia 103 tahun pada Rabu.

Perkara ini disahkan sendiri oleh anak lelakinya yang juga merupakan seorang aktor, Michael Douglas menerusi satu kenyataan di laman Instagram.

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa Kirk Douglas telah meninggalkan kami hari ini (Rabu) pada usia 103 tahun.”

“Di mata dunia, dia adalah seorang legenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya dan seorang yang komited dalam misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan,” coretnya.

“Tetapi di mata kami adik-beradik, Joel dan Peter, dia seorang bapa, bagi Catherine, dia mentua yang hebat, kepada cucu-cucu dan cicit-cicitnya, dia merupakan datuk yang penyayang dan kepada isterinya, dia merupakan seorang suami yang hebat,” kata Michael.

Untuk rekod, Krik mula menempa nama dalam industri hiburan pada tahun 1946 dan beliau terkenal dengan lakonannya menerusi filem Guys Tough, Spartacus, dan Saturnus.

Memetik laporan Astro Awani, mendiang pernah dinobatkan sebagai pelakon terbaik sebanyak tiga kali menerusi filem Champion, Bad & the Beautiful dan Lust for Life.

Sebelum ini, beliau pernah terlibat dalam satu nahas helikopter pada tahun 1991 yang telah mengorbankan dua penumpang lain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca