Pelakon ‘Kamen Rider Hibiki’ Ditemukan Tidak Bernyawa Di Apartmennya

Aktres Jepun, Sei Ashina yang pernah membintangi siri adiwira ‘Kamen Rider Hibiki’ ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya yang bertempat di Tokyo pada Isnin lalu. Ashina yang memegang watak Hime dalam drama siri itu meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Menurut laporan media antarabangsa, pelakon itu ditemukan oleh abangnya di apartmen miliknya sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.

Sumber: NME

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis kemudian mengesahkan kematian pelakon itu dipercayai disebabkan tindakan bunuh diri.

Difahamkan, Ashina tidak meninggalkan sebarang nota sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri. Namun begitu, laporan media antarabangsa ada mendedahkan bahawa mendiang tidak menjawab panggilan telefon dan mesej sejak hari Ahad.

Sumber: People

Untuk rekod, Ashina mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2002 dalam rancangan televisyen berjudul ‘The Tail of Happiness’. Ashina terus mengukir namanya dalam industri lakonan selepas tampil dalam filem ‘Silk’ pada tahun 2007.

Selain itu, mendiang turut membintangi beberapa filem lain termasuklah ‘Nanase: The Psychic Wanderers’, ‘The Emperor’s Cook’ dan ‘Daisy Luck’.

Pemergian Ashina mencetuskan kebimbangan dalam kalangan para peminat selepas beberapa selebriti lain turut mengambil tindakan sama sebelum ini termasuklah Haruma Miura dan Hana Kimura.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca