Pelakon Izara Aishah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon terkenal tanah air, Izara Aishah kini bergelar seorang ibu apabila aktres itu selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.9 kilogram semalam (15 April).

Ibu mentua Izara iaitu Datin Seri Tengku Zawyah mendedahkan berita gembira tersebut menerusi Instagram story miliknya.

“Alhamdulillah, tahniah Adib dan Izara dengan kehadiran kegembiraan baharu. Cute little princess. Semoga Allah SWT memberkati awak dan puteri awak. Saya tahu awak akan jadi seorang ibu yang paling baik dan penyayang.

Alhamdulillah dan tahniah kepada kita. Cucu perempuan kita lahir pada hari ini (Rabu) dengan berat 2.9 kilogram,” luahnya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza turut meluahkan rasa syukur dengan berkata, “Alhamdulillah, makin bertambah ahli keluarga kita.”

Sementara itu, pelakon Vanila Coklat ini mengikat tali perkahwinan bersama anak tiri kepada penyanyi tersohor tanah air tersebut iaitu Muhammad Adib Khalid pada 17 November 2017.

Izara kemudiannya membuka cerita dirinya dan Adib bakal menimang cahaya mata sulung pada 1 Januari lalu.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Izara dan Adib atas kelahiran puteri sulung mereka.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan Izara Aishah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca