Pelakon ‘Hawkeye’ Terbabit Dalam Kemalangan, Kondisi Masih Kritikal Lepas Pembedahan

Pelakon Jeremy Renner yang paling dikenali main watak Hawkeye telah menjalani dua pembedahan selepas mengalami kecederaan parah apabila terbabit dalam sebuah kemalangan baru-baru ini.

Sumber: CNET

Kata Renner, kemalangan itu berlaku ketika dia membersihkan salji pada malam tahun baru- selepas berlakunya ribut salji. 

Walaupun sudah ambil langkah-langkah keselamatan, kakinya dilanggar secara tidak sengaja oleh pemandu lori bajak salji tersebut. 

“Kami boleh mengesahkan bahawa Renner telah mengalami trauma di dada dan kecederaan ortopedik dan telah menjalani pembedahan hari ini (2 Januari),” kata keluarga Renner dalam satu kenyataan.

Sumber: Instagram

“Dia telah keluar dari pembedahan namun masih berada di unit rawatan rapi dalam keadaan kritikal tetapi stabil.”

Jirannya yang juga merupakan seorang doktor dijadikan sebagai penyelamat Renner apabila dia meletakkan tourniquet pada kaki pelakon itu sejurus selepas kemalangan itu sambil menunggu ketibaan paramedik.

Sumber: People

Mengikut kenyataan media dari keluarga Renner, dia mengucapkan terima kasih kepada jiran-jiranya dan juga kepada pihak doktor, jururawat, Bomba dan Penyelamat Truckee Meadows, Syerif Daerah Washoe serta Datuk Bandar Reno Hillary Schieve.

Baru-baru ini, Renner kongsikan sebuah swafoto di Instagram di mana dia masih di hospital. Pada kapsyen hantaran media sosial itu, dia menyatakan kesyukuran kepada semua yang telah mendoakan dia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca