Pelakon Drama ‘Pretty Little Liars’ Ini Salahkan Donald Trump Atas Pemergian Datuk

Holly Marie Combs memuat naik satu ciapan di laman Twitter baru-baru ini di mana aktres itu tidak menyembunyikan perasaan kecewa terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menurut Holly, “Datuk saya meninggal dunia pada hari ini. Dia undi kamu. Dia percaya kamu apabila kamu katakan wabak ini adalah seperti selesema biasa. Dia percaya semua pembohongan kamu. Datuk saya meninggal dunia satu hari selepas meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ke-66.”

Holly yang memegang watak sebagai Ella Montgomery dalam Pretty Little Liars dan Piper Halliwell dalam Charmed itu turut menyalahkan Presiden Amerika Syarikat itu atas pemergian mendiang datuknya.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet tumpang simpati dengan berita pemergian mendiang datuk kepada aktres tersebut:

Sebagai rekod, Amerika Syarikat kini mencatatkan 1,064,572 kes positif COVID-19 manakala wabak ini turut meragut 61,669 nyawa sehingga ke hari ini.

Sebagai peringatan, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca