Pelakon Drama Goblin, Goo Soo-jung Meninggal Dunia

Beliau mula mendapat perhatian peminat industri hiburan Korea Selatan setelah muncul dalam drama popular berjudul Goblin pada tahun 2016.

Selain itu, aktres Go Soo-jung, 24, juga pernah membintangi drama televisyen bertajuk Solomon’s Perjury dan muncul dalam rakaman klip vido muzik BTS yang diberi judul With Seoul.

Walau bagaimanapun, industri hiburan Korea Selatan pada hari ini telah kehilangan seorang aktres berbakat setelah agensi yang mewakili Go Soo-jung iaitu Story J Company mengesahkan bahawa selebriti itu sudah meninggal dunia akibat sejenis penyakit kronik.

Menurut laporan, majlis pengebumian tertutup buat aktres itu telah diadakan pada 9 Februari lalu dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapatnya.

Sumber dari Koreaboo pula melaporkan Go Soo-jung menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 7 Februari lalu.

Rakyat Korea Selatan kini menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kematian Go Soo-jung dan memberikan keluarga aktres itu ruang dan masa untuk berkabung.

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Go Soo-jung.

Untuk membaca artikel lain berkaitan selebriti Korea Selatan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca