Pelakon Ditepuk Bahu Ketika Shooting, Pak Cik Ini Buat Ramai Terhibur

pelakon_ditepuk_bahu_ketika_shooting_pak_cik_ini_buat_ramai_terhibur_1

Seorang pak cik menjadi bualan di media sosial Tiktok apabila salah seorang pelakon, Fadzil Zahari telah memuat naik sedutan di sebalik tabir penggambaran drama bersiri, Split.

Menerusi adegan video berkenaan, seorang pak cik lalu di hadapan mereka sambil menegur Shukri Yahaya yang membawa watak lembut sedang bersalaman dengan Fadzil dengan ayunya.

“Haloh, Saley Teh…”, sambil menepuk bahu Shukri Yahaya. Kemungkinan besar pak cik tersebut tidak tahu bahawa mereka sedang menjalankan penggambaran dan menegur Shukri yang berperwatakan lembut itu.

Ekoran daripada kejadian itu, ramai yang berdekah dan tidak dapat menahan daripada ketawa termasuk para kru di sebalik tabir.

Menjengah di ruangan komen video itu mendapati bahawa rata-rata warganet juga turut berdekah melihat telatah pak cik berkenaan ketika menegur dua orang pelakon itu.

Bukan itu sahaja, ada juga yang meminta agar pihak produksi membayar pak cik tersebut kerana adegan itu kelihatan tidak dibuat-buat dan sungguh melucukan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan sudah pun meraih 1.1 juta tontonan, 125.8 ribu sukaan dan 3 ribu komen di media sosial Tiktok.

@fadzilzahari

Pakcik tak relaks😂 kami shooting jaa…. betul betul Amar Makruf Nahi Mungkar… #RTC_Aki

♬ original sound – Bukan Tan Sri Fadzil Zahari – Bukan Tan Sri Fadzil Zahari

Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen:

pelakon_ditepuk_bahu_ketika_shooting_pak_cik_ini_buat_ramai_terhibur_4
pelakon-ditepuk-bahu-ketika-shooting-pak-cik-ini-buat-ramai-terhibur
pelakon-ditepuk-bahu-ketika-shooting-pak-cik-ini-buat-ramai-terhibur
Sumber: Tiktok (@fadzilzahari)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca