Sekitar jam 1.05 petang tadi, pelakon dan pelawak, Zaibo telah menghembuskan nafas terakhir beliau di kediamannya di Rengit, Batu Pahat, Johor. Berita tersebut disahkan oleh isterinya, Siti Hawa Sawal.
“Abang Zaibo dah tiada. Minta doakan dia ya,” ujarnya ringkas.
Tambah Siti Hawa, 52, jenazah akan akan dikebumikan selepas waktu Isyak malam ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.
Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd Hamid, 62, hanya menyedari bahawa dia menghidap kanser tahap empat apabila dia tidak boleh menelan makanan pada Ramadan yang lalu.
Sebaik mendapatkan rawatan di hospital, doktor mengesahkan bahawa dia menghidap kanser esofagus. Selain mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang, beliau turut berusaha berubat secara tradisional.
Zaibo pernah membintangi sitkom Spanar Jaya serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.
Al-fatihah.