Pelajar Obses Dengan Guru, Lelaki Ini Culik Dan Perkosa Mangsa Selama 53 Hari

Seorang guru bernama Marry Stauffer, 36 tahun telah diculik dan dirogol berkali-kali oleh seorang lelaki yang terlalu obses terhadap wanita berkenaan. Lebih memilukan apabila penculikan itu turut membabitkan anak perempuannya yang dikenali sebagai Beth.

Kronologi penculikan difahamkan berlaku sejurus selepas mangsa dan anaknya keluar daripada sebuah salon kecantikan di bandar United States, Roseville, Minnesota pada bulan Mei 1980. Lelaki berkenaan ternyata merupakan bekas pelajar bagi kelas algebra pada 13 tahun lepas yang dikenali sebagai Ming Sen Shiue.

Mary dan anaknya dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta. Awalnya, dia tidak dapat mengecam gerangan si penculik tersebut. Oleh itu, mangsa menyangkakan bahawa dirinya dirompak.

Pelaku seterusnya menyumbatkan Mary dan anaknya ke dalam bonet kereta dan membawa mangsa ke sebuah lokasi terpencil. Tidak lama selepas itu, pelaku memberhentikan pemanduannya lalu membuka bonet itu kembali untuk menutup mulut mereka menggunakan selotip kerana tidak tahan mendengar mangsa berdoa dengan kuat secara berulang kali.

Kemudian, penculik turut memberhentikan keretanya di suatu tempat untuk melihat keadaan mangsa berkenaan. Menyedari perbuatan jahatnya diperhatikan oleh seorang kanak-kanak lelaki, pelaku itu segera membawa budak tersebut lalu menyumbatnya ke dalam bonet kereta bersama-sama Mary dan Beth.

Mary pada ketika itu sempat memujuk untuk menenangkan kanak-kanak lelaki tersebut. Malangnya, Shiue telah menangguhkan perjalanannya sekali lagi lalu menarik keluar kanak-kanak berkenaan.

Budak lelaki yang dikenali sebagai Jason itu dipukul oleh Shiue dengan batang besi berulang kali sehingga mati. Jasadnya dibuang ke dalam kawasan semak manakala Mary dan Beth terus dibawa ke rumah pelaku lalu dirantai dan dikurung dalam almari pakaian.

Tidak cukup dengan dikurung dan dirantai, Mary turut dirogol setiap hari selama berjam-jam dan perbuatan itu dirakam oleh Shiue. Beth menjelaskan bahawa dia tidak pernah mengetahui tujuan sebenar pelaku setiap kali ibunya dibawa keluar dari ruangan tempat mereka dikurung.

Bukan itu sahaja, kedua-dua mangsa turut dikurung dalam sebuah bilik. Akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa, Mary segera mengalihkan engsel pintu dengan tangannnya. Engsel karat yang disangkakan sukar untuk dialihkan itu telah bergerak dengan mudahnya selepas ditolak oleh wanita tersebut.

Melihat perbuatan ibunya, Beth menjadi panik sambil mengingatkan ibunya agar tidak berbuat demikian atau sebarang cubaan melarikan diri kerana bimbang akan dibunuh oleh penculik tersebut. Akhirnya, kedua-dua mangsa berjaya melarikan diri dari tempat berkenaan.

Mayat Jason juga ditemukan oleh pihak berkuasa. Difahamkan bahawa seramai 300 anggota polis dan penyelamat berusaha mencari keberadaan Mary dan Beth. Shiue akhirnya disabitkan bersalah kerana menculik kedua-dua mangsa dan merogol Mary. Pelaku akhirnya dikenakan hukuman penjara selama 40 tahun.

Hampir empat dekad kejadian ini berlaku, kisah penculikan itu telah dijadikan inspirasi dalam sebuah filem bertajuk Abducted: The Mary Stauffer Story yang dilakonkan oleh pelakon terkenal Alyson Hannigan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca