Pelajar Menjadi Jutawan ‘Segera’, Menang RM4 Juta Selepas Cucuk Vaksin COVID-19

menang rm4 juta

Seorang pelajar telah divaksin sepenuhnya menjadi jutawan ‘segera’ selepas memenangi satu kempen Million Dollar Vax di Australia.

Joanne Zhu, 25, memenangi wang tunai berjumlah AS$1 juta (sekitar RM4.15 juta) selepas menjadi salah seorang daripada 2,744,974 warga Australia yang mendaftar program vaksinasi.

Wanita Sydney itu memenangi hadiah utama bagi kempen yang dijalankan, bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Australia mendapatkan vaksin COVID-19.

Memetik laporan News7, Zhu sangat terkejut setelah mendapat berita gembira tersebut.

Dia terlepas untuk menjawab panggilan ketika mendapat panggilan mengenai berita baik itu kerana sedang bekerja.

Ujarnya lagi, dia mahu berkongsi ganjaran tersebut bersama-sama ahli keluarganya dan rakan-rakan yang menetap di China.

Akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sudah dua tahun dia tidak bersemuka bersama mereka.

Dia berhasrat untuk membawa ahli keluarganya dari China dan mahu menaja penginapan di hotel lima bintang sempena Tahun Baru Cina apabila sempadan negara sudah dibuka.

Selain itu, baki wang tersebut juga akan dilaburkan supaya dia boleh menjana banyak wang pada masa hadapan.

Kempen Million Dollar Vax ini telah dibangunkan oleh sekumpulan dermawan dan syarikat yang menyerahkan hampir AS$4.1 juta (kira-kira RM17.03 juta).

Difahamkan, lebih 3,100 individu yang mendapat ganjaran tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca